PROFILE SYARIKAT

LATAR BELAKANG

MDE SOLUTIONS adalah satu konsultan penganjur program dan latihan yang secara sahnya berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan pada 2hb September 2008. Kekuatan MDE terletak kepada latarbelakang, pengalaman dan pendekatan tersendiri pasukan MDE dalam mengendalikan program-program.

OBJEKTIF

MDE ditubuhkan untuk beroperasi sebagai penganjur program dan aktiviti-aktiviti seperti pembentangan kertas kerja, seminar, aktiviti sukan, ekspo, karnival dan sebagainya.

MDE juga menjalankan dan mengendalikan program-program motivasi, kepimpinan dan kepengurusan, ‘teambuilding’, keusahawanan, kerjaya dan program-program lain yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia.

KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar MDE adalah merangkumi kakitangan kerajaan, korporat, pelajar-pelajar IPT dan sekolah, belia-belia serta persatuan-persatuan bukan kerajaan dan orang ramai amnya.

BAHAGIAN

Bentuk-bentuk program yang dikendalikan dan dilaksanakan oleh MDE dibahagikan kepada bahagian-bahagian berikut:

  1. Event
  2. HRD
  3. FAMDEV
  4. C & A

EVENT – MDE berfungsi sebagai penganjur program (‘event organizer’). Produk utama bahagian ini adalah Hari Keluarga, Majlis Perkahwinan, penganjuran ekspo atau karnival, pembentangan kertas kerja, seminar, bengkel-bengkel, latihan dan sebagainya.

HRD - adalah fokus utama MDE. Pendekatan dan penekanan yang MDE terapkan dalam melaksanakan program-program adalah lebih kepada ‘Experiential Learning’ atau pun pembelajaran melalui pengalaman yang menurut kajiannya adalah lebih berkesan. Program-program yang diberi penekanan oleh MDE adalah seperti berikut :

MOTIVASI

Dalam konteks ini, program motivasi yang dijalankan dipecahkan kepada beberapa jenis bergantung kepada entiti peserta yang mengikuti program. Contoh program adalah peningkatan kecemerlangan akademik, karier atau prestasi kerja dan sahsiah. Contoh program yang telah dijalankan adalah Motivasi Peningkatan Mutu Kerja, Motivasi Kecemerlangan PMR & SPM, Motivasi Kecemerlangan Akademik & Sahsiah Diri, Motivasi Solat, Kem Ibadah dan sebagainya.

 KEPIMPINAN & KEPENGURUSAN

Bagi MDE, skil dan pengetahuan memimpin dan mengurus adalah amat penting untuk diterapkan dalam diri semua insan sama ada yang menjadi pemimpin atau tidak kerana orang yang berjaya adalah orang yang berjaya memimpin dan mengurus diri dengan baik. Contoh program yang telah dijalankan adalah Program Kepimpinan & Kepengurusan Cemerlang Prodata (Felda), Pengurusan Organisasi Yang Berkesan, Budaya Kerja Cemerlang, Pengurusan & Pengendalian Mesyuarat Yang Efektif, Skil Interpersonal Cemerlang, Komunikasi Berkesan dan sebagainya. Program seperti ini akan membantu peserta untuk memahami asas-asas kepimpinan & kepengurusan bermula dengan penetapan visi & misi hinggalah kepada peringkat perlaksanaan. MDE menggunakan model pengurusan strategik dalam pengisian program dengan pendekatan mudah faham agar dapat difahami dan diterima oleh semua peringkat.

KEUSAHAWANAN

Selaras dengan aspirasi kerajaan dan desakan situasi, MDE berusaha untuk membantu menyuntik semangat keusahawanan khususnya dikalangan golongan remaja dan belia agar dapat membuka minda mereka untuk tidak sekadar berharap kepada kerja kerajaan atau swasta, tetapi mereka boleh meneruskan survival hidup dan berjaya dari segi kewangannya dengan cara berniaga. Progam ini akan memberi motivasi kepada peserta untuk terlibat dalam perniagaan dan membantu peserta untuk mengetahui tentang bagaimana memulakan perniagaan, penyediakan kertas kerja perniagaan, kewangan asas seperti penyediaan aliran tunai dan kunci kira-kira, asas konsep pemasaran, teknik-teknik berkesan dalam jualan (presentation, hitting the right button, skill of negotiation, closing deal) dan sebagainya. Biasanya program seperti ini yang MDE jalankan bukan sahaja berjaya mencapai objektifnya tetapi juga berjaya untuk meningkatkan keyakinan diri peserta dan menerapkan pengetahuan kepimpinan dalam diri peserta.

TEAMBUILDING

Program ini biasanya sesuai untuk pelajar IPT, kakitangan kerajaan atau korporat serta mana-mana badan bukan kerajaan seperti persatuan belia dan koperasi. Program ini menekankan kepada pencapaian semangat kerjasama, kesefahaman, kepimpinan, percaya mempercayai dan kerja berpasukan. Berbeza dengan sekadar ‘TEAMBONDING’, TEAMBUILDING menekankan kepada kepentingan strategi, perancangan atau pengurusan berdasarkan objektif (MBO) atau perancangan strategik, penambahbaikan sistem seperti komunikasi dan delegasi kuasa, pembentukan budaya kerja cemerlang dan sebagainya. Ringkasnya, semua aktiviti dalam program ini disusun secara teliti dan berperancangan agar dapat dilaksanakan semasa ditempat kerja / di IPT.

PROGRAM KERJAYA

Program ini khusus untuk golongan pelajar sekolah menengah tingkatan 5 ke atas, pelajar-pelajar IPT dan belia-belia yang belum atau baru berkerjaya. Berbeza dengan pendekatan biasa, dalam program seperti ini, MDE akan mendedahkan kepada peserta akan 4 kuadran sumber pendapatan (E, S, B, I) dan akan menjelaskan kepada peserta bagaimana untuk bermula dalam semua kuadran. Contohnya untuk kuadran pertama iaitu ‘E’ untuk ‘employee’ (pekerja) – mengenalpasti minat & kecenderungan, memilih bidang pendidikan, persediaan mental, bagaimana mencari kerja kosong (kerajaan dan swasta), penyediaan surat lampiran dan resume yang betul dan efektif, persediaan mental (sikap, kepercayaan diri dsb) dan fizikal untuk temuduga, bagaimana untuk berjaya dalam temuduga, persediaan untuk mula bekerja, memahami budaya kerja kerajaan dan korporat dan sebagainya.

FAMDEV Ini adalah segmen Keluarga yang berfokus kepada pembangunan dan kesejahteraan. Contoh program yang di bawah bahagian ini adalah ‘Summer Camp’, Skil Keibubapaan, Rumahku Syurgaku banyak lagi.

Jika ada sebarang pertanyaan atau keperluan untuk perbincangan, sila hubungi kami seperti di bawah:

013-9847646 : Idahar Bin Zulkuply (Konsultan Kanan)


MAKLUMAT TERPERINCI

Nama Konsultan: MDE SOLUTIONS

Nombor Pendaftaran: CA0138532-K

Alamat Surat Menyurat: 113B Tingkat 1, Blok A, Kuantan Centre Point, Jalan Haji Abd Rahman 25000 Kuantan Pahang

Alamat Berdaftar: 193, Jln Seri Semantan 12, Taman Seri Semantan, 28000 Temerloh Pahang.

Email: mdesolutions@yahoo.com.my

Bank Panel: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KUANTAN

Nombor Akaun Bank:   No akaun 06019010080665

Faks:09-5083130

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: