Latest Post

AL-QUR’AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.”

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”

Maka berkata Al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu : “Adakah kamu Al-Qur’an?” Lalu Al-Qur’an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayan dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”

Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”

KELENDAR 2011

December 2016
M T W T F S S
« Jun    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

MDE SOLUTIONS adalah sebuah syarikat Konsultan Latihan & Pengurusan, yang telah mengadakan pelbagai program latihan dan motivasi di institusi kerajaan, swasta, NGO, IPT, IPTA dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Dengan berbekalkan pengalaman dan kepakaran kami, insya Allah, MDE Solutions mampu memenuhi keperluan anda untuk berkongsi ilmu dan latihan, agar kita sama-sama beroleh manfaat dari sudut motivasi dan latihan yang kami berikan.

INFORMASI M.D.E

M.D.E Solutions (CA0138532-K)

Konsultan Kanan :
IDAHAR BIN ZULKUPLY
013-9847646

Alamat Surat Menyurat:
113B Tingkat 1, Blok A, Kuantan Centre Point, Jalan Haji Abd Rahman 25000 Kuantan Pahang

Email: mdesolutions@yahoo.com.my

Faks:09-5083130