MOTIVASI ANDA

MDE NEWSLETTER

APRIL 2011

Assalamu’alaikum & selamat pagi semua..

Semalam telah berlalu dan hari ini yang ceria ini telah bermula semula. Soalannya adakah kita berada di atas landasan yang betul untuk mencapai matlamat kita pada tahun ini? Pakar mengatakan bahawa, matlamat hendaklah ditulis, agar ia senang diingat. Ia akan menjadi peta kepada kita sepanjang perjalanan. Untuk menjadi cemerlang, saya pun mengikut nasihat-nasihat kecemerlangan dengan menulis matlamat, susun mengikut kepentingan, dan meletakkan pelan tindakan dalam carta Gantt agar garisan masa (time line) dapat dipatuhi (tanpa memprejudiskan keperluan untuk menjadi fleksibel bila ada keperluan).

Kini saya ada dua peta, iaitu perancangan setahun (dalam bentuk carta Grantt) dan perancangan harian (to do to day’s list) yang saya letakkan diatas meja kerja saya, supaya dapat memastikan saya sentiasa dia atas jalan yang betul. Peta 1, iaitu perancangan tahunan adalah peta yang memberi gambaran yang lebih besar, berkenaan matlamat yang ingin saya capai dalam tempoh 1 tahun, manakala peta 2 adalah perancangan harian adalah peta tahunan pandang dekat (zoomed-in map). Hampir semua aktiviti dalam peta 2 adalah menjurus untuk mencapai matlamat tahunan dalam peta 1. Walaupun ada tugasan-tugasan yang mendatang (ad hoc), dengan menggunakan peta 1 dan peta 2, saya sentiasa mampu, untuk mengekalkan halatuju untuk mencapai matlamat.

Moga dengan kefahaman menggunakan peta 1 & peta 2, kita tidak akan tersesat jalan lagi insya Allah…:)

“IF YOU CHANGE YOUR MIND ~ YOU CHANGE YOUR LIFE”

MDE SOLUTIONS

Idahar

Principal Consultan

About vlsteam

Sebuah Konsultan Motivasi dan Latihan untuk golongan Koprat, Kerajaan dan Pelajar. Telah mengadakan pelbagai program motivasi dan latihan di seluruh Malaysia.

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: