MOTIVASI ANDA

MDE SOLUTIONS JUNE 2011 NEWSLETTER

Maaf, kerana terlambat menukilkan perkongsian ringkas ini. Hidup ini dirasakan sudah semakin sibuk dari hari ke hari. Setiap detik bergelut dengan isu-isu dan kerja-kerja yang tidak berkesudahan. Memang benar, bukan mudah untuk menyeimbangkan antara dunia dan soal akhirat. Begitu juga dengan pelbagai cabang urusan kehidupan seperti keluarga (terutama apabila sudah ada 5 orang anak), pelajaran (peringkat Master), perniagaan, konsultansi, kerjakerja pejabat & perundangan. Matlamat rencam yang pernah disediakan kadang-kadang terbengkalai. Tetapi itulah rupanya ujian untuk berjaya. Godaan yang bisa menggelincirkan kita dari pelan tindakan yang telah dibentuk adalah sangat kuat. Jadi tidak hairan jika ramai yang kecundang dalam mencapai matlamat mereka.

Sangat jelas bahawa perbezaan diantara orang yang gagal dengan orang yang berjaya adalah soal perlaksanaan dan bukan semestinya soal tiada ilmu. Orang yang berjaya melaksanakan dengan gigih, berdedikasi dan komited apa yang diketahui / dipelajari. Mereka ‘percaya’ sepenuhnya bahawa mereka boleh berjaya dan dengan sabar mengatur langkah menuju matlamat tanpa menoleh kiri dan kanan. Manakala orang gagal pula adalah mereka yang tidak yakin pun dengan apa yang mereka ada sama ada bakat, ilmu atau pun skil. Mereka tidak percaya bahawa kejayaan itu sebenarnya adalah hasil satu proses keyakinan dan amalan. Bagi mereka, nasib adalah segala-galanya.

Dalam kontek yang lain, jika dilihat kepada kepercayaan sesetengah bangsa seperti Yahudi, mereka percaya bahawa mereka adalah ‘super being’ yang lebih hebat daripada semua bangsa yang lain. Pastinya kepercayaan itu salah, tetapi apa yang mereka percaya itu ada kaitan dengan kejayaan mereka dalam menguasai ekonomi dunia atau menguasai kuasa besar dunia tika ini. Apabila mereka percaya bahawa mereka adalah makhluk terhebat, mereka akan menyebarkan dan mewariskan kepercayaan tersebut kepada anak-anak mereka. Pada usia yang muda, minda separa sedar amat mudah untuk dibentuk kerana masih bersih. Dengan itu, sejak kecil lagi, mereka percaya bahawa mereka adalah yang terhebat lalu kepercayaan seperti itu mampu mendesak mereka menguasai akal pada peringkat yang tinggi atau membentuk yakin dan jati diri yang unggul. Begitu juga  jika kita menelusuri rahsia kejayaan bangsa Jepun. Kepercayaan yang kuat bahawa mereka ‘boleh’ adalah satu punca utama yang membawa kepada kejayaan mereka.

Moga-moga, kita semua percaya bahawa ‘jawatan’ Khalifah yang Allah berikan kepada kita adalah satu tahta yang bukan kecil maqamnya. Meyakini, bahawa kita semua adalah khalifah Allah, bukan sumber bermegah atau alasan untuk menindas yang lemah,  sebaliknya satu keyakinan sangat tinggi bahawa kita semua boleh berjaya menguasai dunia dengan membawa kemajuan, kemakmuran dan keadilan sejagat.

Idahar

About vlsteam

Sebuah Konsultan Motivasi dan Latihan untuk golongan Koprat, Kerajaan dan Pelajar. Telah mengadakan pelbagai program motivasi dan latihan di seluruh Malaysia.

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: