EN. AZROEL ARIFFIN

SHAZULI AZROEL BIN ARIFFIN

Skil beliau adalah dalam bidang pemasaran terutamanya untuk produk-produk ‘Fast Moving Consumer Goods’ (FMCG). Mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam mencapai objektif korporat dengan membangunkan pelan & strategi pemasaran yang menemukan keperluan pelanggan dengan objektif jualan & bajet. Cemerlang dalam membangunkan asas pelanggan (customer base) dengan secara kreatifnya menggunakan alat-alat pemasaran (marketing tools) dan juga perlaksanaan perancangan terutama untuk operasi perniagaan & perancangan strategik. Memulakan kerjaya sebagai PR dengan sebuah hotel terkemuka tanahair di Kuala Lumpur, kemudian beralih ke HSBC dalam bidang pentadbiran & pinjaman kredit dan khidmat pelanggan. Kemudian, selepas memilih untuk skim berhenti kerja secara sukarela (VSS) beliau telah menyertai sebuah syarikat pemasaran iaitu ZFI Marketing Sdn Bhd iaitu syarikat yang memasarkan produk Kicap Cap Kipas Udang sebagai Pengurus Pemasaran Korporat yang berfokus kepada pemasaran produk ke dalam Hypermarket. Antara tugasan utama beliau, penyediaan pelan pemasaran strategik, mengenalpasti saluran-saluran jualan, jualan korporat, perancangan strategik, pengiklanan, promosi dan operasi perniagaan secara keseluruhannya. Di bawah pimpinan beliau, pasukan pemasaran yang beliau ketuai telah berjaya membina jaringan pelanggan yang kukuh yang akhirnya menampakkan peningkatan dalam jumlah hypermarket yang berjaya dimasuki daripada 2 hypermarket (2004) kepada 7 (2005) yang mana jumlah jualan telah meningkat lebih daripada 200%. Setelah mendapat tawaran yang lebih baik, beliau telah menyertai Carrefour sebaai Eksekutif Kanan Shopping Mall, berpusat di Subang Jaya, Wangsa Maju dan akhirnya di Johor Bahru. Beliau bertanggungjawab untuk operasi shopping mall dan sebarang aktiviti pemasaran, pengiklanan dan promosi. Beliau juga terlibat sebagai ‘pemain utama’ dalam membangunkan strategi perniagaan, bajet dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengurusan kanan. Beliau kemudian telah menyertai U-mobile (juga dikenali dengan nama Mitv Network Operator). Dia bertanggunjawab untuk membangunkan dan mengembangkan jaringan saluran pengedar, operasi cawangan, jualan dan aktiviti pemasaran, pengiklanan serta promosi

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: