EN. IDAHAR

IDAHAR BIN ZULKUPLY

(KONSULTAN UTAMA)

Memperolehi dua ijazah dalam bidang Undang-undang Sivil dan Undang-undang Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sekarang sedang dalam proses menghabiskan pelajaran beliau untuk MBA dengan salah sebuah Universiti yang diktiraf. Telah berkhidmat sebagai peguambela & peguamcara serta peguam syarie dengan sebuah firma guaman di Temerloh. Kemudian, berkhidmat sebagai Pengurus Sumber Manusia, Pentabdiran & Undang-undang dengan sebuah syarikat korporat di Johor Bahru. Hasil kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan yang ditunjukkan oleh beliau, beliau telah dilantik menjadi Pengurus Sumber Manusia, Undang-undang & pentadbiran dalam tempoh hanya 5 bulan dari tarikh mula bekerja. Pernah bekerja sebagai pegawai pemasaran dengan sebuah syarikat ‘multinational’ di Kuala Lumpur yang mana di situ beliau telah mendapat pendedahan tentang kaedah pemasaran & jualan yang sistematik yang telah sangat berjaya diamalkan oleh syarikat tersebut.. Beliau juga telah berkhidmat sebagai pensyarah dalam Jabatan Undang-undang di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan & juga dilantik untuk berperanan sebagai Ketua Pembangunan Sumber Manusia KIPSAS. Beliau telah terlibat dalam pelbagai program pembaharuan dengan jayanya. Memegang jawatan sebagai Eksekutif Kanan Sumber Manusia dalam sebuah syarikat ‘multinational’ di Gebeng, Kuantan dan menjadi pengarah dalam syarikat pengurusan iaituTR Management Sdn Bhd. Telah mengendalikan pelbagai kursus kepimpinan & kepengurusan, keusahawanan, motivasi dan telah memberi ceramah dalam program-program seperti tersebut di atas atau selainnya sejak tahun 1998 sehingga sekarang. Sebagai seorang yang telah terlibat dengan pengurusan atasan dan yang sedang mendapat pendidikan formal dalam bidang pentadbiran perniagaan.

013-9847646

Discussion

One thought on “EN. IDAHAR

  1. kt temerloh kn syarikat??ada jawatan kosong??

    Posted by ida huraini | April 26, 2012, 7:13 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: