PENDEKATAN LATIHAN

Kami menekankan pendekatan berikut dalam program kami:

  • Praktikal – kami sentiasa menekankan pengisian & aktiviti yang praktikal dan yang berpijak kepada realiti pelanggan kami. Untuk tujuan itu, biasanya kami akan membuat analisa keperluan latihan secara ringkas terlebih dahulu untuk memastikan latihan yang dijalankan sentiasa dalam konteks yang sesuai dengan pelanggan kami.
  • Pemikiran Luar Kotak & Sikap Proaktif – sentiasa memberi rangsangan kepada peserta untuk membuat anjakan paradigma dalam melihat sesuatu terutama perkara yang kritikal dalam hidup mereka. Sikap proaktif iaitu elemen yang sangat penting untuk perubahan diri mahupun organisasi juga disemai dalama program-program kami.
  • Pembelajaran Melalui Pengalaman – Atau ‘Experiantial Learning’ iaitu pengisiannya juga menekankan kepada pelajaran yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti biasanya menyeronokkan atau mencabar minda, tetapi fokus peserta adalah tinggi. Sesi refleksi atau ‘debriefing’ yang ‘betul’ adalah sangat penting selepas setiap akvititi dijalankan.
  • Interaktif – komunikasi dua hala amat penting untuk kejayaan suatu latihan. Oleh itu, kami juga menekankan pendekatan interaktif dengan peserta membolehkan peserta bukan sahaja menerima input, tetapi juga memberi output mereka sendiri.
  • Kepelbagaian – untuk mengekalkan tahap tumpuan peserta dan sebagai alat bantu latihan yang sangat baik , kami sentiasa menggunakan tayangan-tayangan ‘slide’ dan petikan-petikan video yang menarik dan yang mempunyai nilai pengajaran yang tinggi untuk difahami oleh para peserta.

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: