SENARAI PROGRAM & LATIHAN

SASARAN : SEKOLAH (MENENGAH), IPT & IPTA

1 . Kepimpinan & Pengurusan Efektif  1 / 2 hari

2 . Kerjaya Cemerlang, Masa Depan Gemilang  1 / 2 hari

3 . Motivasi Jaya Diri & Kecemerlangan Akademik  1 / 2 hari

4 . Keusahawanan & Pengurusan Projek  1 / 2 hari

5 . Pengurusan Masa Yang Efektif  1 hari

6 . Pembinaan Matlamat & Pengurusan Masa Yang Berkesan  1 hari

7 . Pengurusan & Kepimpinan Diri Cemerlang  1 / 2 hari

8 . Teambuilding (Pembentukan Pasukan)  1 / 2 hari

SASARAN: PEKERJA JABATAN KERAJAAN, SWASTA & NGO

1 . Motivasi & Budaya Kerja Cemerlang  1 / 2 hari

2 . Kepimpinan & Prinsip Pengurusan Cemerlang  1 / 2 hari

3 . Komunikasi Yang Berkesan 1 hari

4 . Pengurusan Masa & Prinsip-prinsip Kerja Cemerlang  1 hari

5 . Pengurusan Perubahan (strategi & pelan tindakan)  1 / 2 hari

6 . Teambuilding (Pembentukan Pasukan)  1 / 2 hari

7 . Pengurusan Strategik & Pengurusan Perubahan  1 / 2 hari

8 . Pengurusan Masa & Pembinaan Matlamat   1 hari

9 . Pemasaran Strategik & Teknik/Skil Jualan Terhebat  1 / 2 hari

10. Pengurusan Mesyuarat & Kaedah Membuat Keputusan  1 hari

SASARAN: UMUM (DEWASA, IBU BAPA & KANAK-KANAK)

1 . Menjana Kecemerlangan Diri Melalui Perspektif Aura Bio-Energi  1 hari

2 . Perubatan Aura Bio-Energi & Perubatan Islam (Ruqiah) – Asas  1 / 2 hari

3 . Perubatan Aura Bio-Energi (advanced)  1 / 2 hari

4 . Bagaimana merancang & melaksanakan pendidikan anak di rumah  1 hari

5 . Skil Keibubapaan & Motivasi Kecemerlangan Keluarga  1 hari

**Perincian berkenaan program-program tersebut di atas akan diberikan atas permintaan dan tertakluk kepada perbincangan dengan pelanggan.

 **Program-program lain yang dalam skop pengurusan, perniagaan & perubatan alternatif boleh dibentuk berdasarkan perbincangan.

 ** Tempoh latihan yang lebih pendek juga boleh dijalankan.

PERINCIAN PROGRAM

SEKOLAH MENENGAH, IPTA, IPTS

1 Kepimpinan & Pengurusan Efektif

Menekankan tentang konsep kepimpinan yang terkini dan yang paling efektif – membezakan diantara pemimpin dan pengurus – ciri-ciri pemimpin yang berkesan – bagaimana membuat pernyataan misi & objektif, bagaimana merangsang dan menggerakkan organisasi – bagaimana membuat perancangan strategik (SWOT, PESTEL, Formulasi, Perlaksanaan, Penilaian) – pendedahan prinsip-prinsip pengurusan PDCA – kaedah merancang yang terbaik – perincian perlaksanaan – membuat penilaian, mencari punca masalah (root cause analysis) tindakan pembetulan, tindakan pencegahan (corrective & preventive action) – bekerja berpasukan – memotivasi dan memberi inspirasi kepada ahli pasukan – bagaimana membentuk satu pasukan yang mantap – komunikasi cemerlang

 2 Kerjaya Cemerlang, Masa Depan Gemilang

Mendedahkan peserta kepada 4 sumber pendapatan (4 sources of income matrix) – perniagaan sebagai satu kerjaya – bekerja dengan organisasi (kerajaan & swasta) – penyediaan resume yang betul dan berkesan – kesalahan-kesalahan biasa yang ditemui dalam resume – persediaan sebelum temuduga – kaedah terbaik menghadapi temuduga (susunan dokumen dalam fail, cara berpakaian, masuk ke bilik temuduga, menyapa panel, memperkenalkan diri, bahasa yang meyakinkan panel) – 10 soalan temuduga yang kritikal – budaya kerja di jabatan kerajaan vs swasta, bagaimana memulakan hidup sebagai seorang yang berkerjaya – penyediaan matlamat dan KPI – pengurusan masa yang berkesan – menangani politik tempat kerja.

 3 Motivasi Jaya Diri & Kecemerlangan Akademik

Kepentingan mempunyai matlamat – bagaimana menangani masalah jika tidak bermotivasi untuk membentuk matlamat – bagaimana membentuk matlamat (SMART Principle) – menyediakan matlamat yang seimbang (Rohani, Jasmani, Intelek, Emosi) – Minda sedar & separa sedar – menjadi proaktif – formula perubahan diri (kecil kepada besar – bermula dari dalam keluar), menangani masalah kehidupan (semua orang mempunyai masalah) – kesedaran bahawa hidup bukan untuk diri sahaja (saling bergantungan) – memahami jangkaan orang lain – meledakkan motivasi diri – kefahaman kepada proses asas ‘belajar’ – kaedah-kaedah terbaik untuk belajar – kemahiran mengingat menggunakan peta minda – persediaan untuk peperiksaan.

4 Keusahawanan & Pengurusan Projek

Pengenalan kepada 4 kuadran sumber pendapatan (bekerja dengan orang – bekerja sendiri / peniaga / pelabur) – perbezaan diantara keempat-empat kuadran tersebut – kuadran 2 : membentuk sistem organisasi perniagaan – kehebatan dan keseronokan berniaga – cabaran-cabaran perniagaan – bagaimana memulakan perniagaan (4 Ps – Product, Price, Placement, Promotion), penentuan jenis perniagaan, pendaftaran, mencari modal (sendiri, pinjaman, pelabur), strategi pemasaran (pasaran, sasaran pelanggan, logistik, jenama dsb), pengiklanan, teknik ‘negotiation’, teknik jualan (pengetahuan berkenaan produk, membuat presentasi, mendapatkan jualan, menukarkan penolakan kepada penerimaan) – kepentingan costing, kepentingan untuk membuat unjuran aliran tunai (cashflow projection) – mencari titik pulang modal (break even analysis) – Pengurusan sumber manusia (merekruit, menyediakan faedah bekerja, pematuhan statutori, analisa keperluan latihan / training need analysis, penyediaan latihan, memotivasi pekerja – proses terbaik dalam membuat keputusan – menamatkan perkhidmatan pekerja) – kaedah membentuk pasukan yang mantap – delegasi tugasan – pemantauan hasil kerja – tindakan pembetulan.

 5 Pengurusan Masa Yang Efektif

 Memahami kepentingan masa – memahami perbezaan antara ‘kompas’ dan ‘jam’ (effective vs efficient) – Matrik pengurusan masa (4 kuadran) – Pembinaan matlamat yang seimbang – Meletakkan matlamat dalam carta gantt dan kaedah memantau pencapaian matlamat – bagaimana mengurangkan / menghapuskan pembaziran masa – bagaimana menyusun keutamaan aktiviti – mengelakkan kuadran 1, 3 & 4 – cemerlang dalam kuadran 2 – memanipulasi minda separa sedar dalam mencapai tahap kuadran 2 – prinsip / hukum ‘tuaian’ – prinsip ‘dalam ke luar’ dan ‘kecil dahulu’ – memotivasi diri untuk pencaian lebih tinggi.

 6 Pembinaan Matlamat & Pengurusan Masa Yang Berkesan

 Sikap proaktif & berfikir luar kotak – Memahami kepentingan mempunyai matlamat (sumber motivasi, pembangunan diri, kayu ukur pencapaian, cabaran yang menyegarkan) – kaedah untuk menetapkan matlamat (prinsip SMART & Matlamat Seimbang : Rohani, Jasmani, Kewangan, Pembangunan diri, Perhubungan) – memahami PETA 1 (Gambaran Besar & PETA 2 (fokus harian) & kaedahf menggunakan kedua-duanya – Memahami Matrik Pengurusan masa (dimensi Penting & Segera) – Bagaimana mengelakkan daripada termasuk dalam kuadran 1, tidak tertipu dalam kuadran 3 dan membazir waktu dalam kuadran 4 – bagaimana mencapai tahap keberkesanan dalam kuadran 2.

 7 Pengurusan & Kepimpinan Diri Cemerlang

 Mencari punca motivasi – pembinaan matlamat bagi menentukan hala tuju diri (prinsip SMART) – mengenal kekuatan & kelemahan diri, potensi & ancaman (analisa SWOT) – teknik memotivasikan diri – mengatasi tabiat yang buruk & memasukkan tabiat cemerlang – memahami peranan minda sedar & separa sedar – komunikasi cemerlang (memahami baru difahami), mendengar & berempati) – kemahiran berfikir & membuat keputusan – mengenalpasti & mengurus bakat yang ada – pengurusan kewangan peribadi – pelaburan peribadi – bagaimana memenangi hati orang lain.

 8 Teambuilding (Pembentukan Pasukan)

 Kepentingan bekerja dalam pasukan – Analisa SWOT – mengimbangi kemenangan peribadi & kemenangan pasukan – pembinaan matlamat bersama (satu aspirasi satu cita) – merangsang motivasi untuk mencapai matlamat – penstruturan & pembahagian tugas (delegation of power) – kerjasama dalam pasukan – sistem komunikasi – understanding each other – menangani konflik – proses membuat keputusan – strategi & pelan  tindakan – pembentukan budaya kerja

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: